Lunch promo

(on weekdays, From 12PM to 3 PM)

TapaqKing Ikan Bakar merupakan restoran Ikan Bakar yang terbesar di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tapaqking bukan sahaja menyediakan pelbagai menu ikan bakar, terdapat juga menu asam pedas, goreng, goreng berlado, masak lemak, masak lemak salai, pais patin bakar, patin gulai tempoyak, dan ulam-ulaman untuk dinikmati oleh anda sekeluarga.

Ikan Patin (dibawakan khas dari sungai Pahang) merupakan salah satu menu utama (signature) kami yang mendapat tempat dan memenuhi citarasa pelanggan yang mengemari variasi ikan bakar.

Demi membantu peniaga-peniaga kecil untuk meraih pendapatan, kami mendapatkan bekalan bahan mentah (ikan, daging, sayur & lain-lain) yang segar daripada peraih dan nelayan tempatan bagi memastikan mutu makanan yang disediakan berkualiti dan terbaik.

Selain itu, Tapaqking juga menyediakan ruang meletak kenderaan yang luas serta kemudahan lain seperti ruang makan berhawa dingin, tandas dan ruang solat yang sangat selesa untuk kegunaan para  pelanggan kami. Keselesaan para pelanggan menjamu selera adalah juga keutamaan kami.

Bagi memudahkan aktiviti pembayaran para pelanggan, kami menerima bayaran secara tunai, kad debit atau credit, Touch ‘n Go, QR Pay dan Ali Pay.

Menu (From 12PM to 12 AM)

Menu (From 4PM to 12 AM)

Breakfast (Saturday & Sunday (7am until 12 pm))

Blog

Delivery partners

 

as seen on

Location

‘Dine with Us’

‘Dine with Us’